Sejak aku tahu psl blog ni eh....bnyk yg dpt aku pelajari dari budaya blogging ni..Aku dpt mengenal hidup seseorang yg selama ini hanya dpt aku lihat dengan mata saja.Dulu,time kita tulis diary..apa yg kita tulis adalah antara kita ngan diary.Rahsia2 yg terpendam di hati hanya diary yg tahu.Bila sesiapa dpt diary kita tu mampos lah rahsia kita semua terbongkar.Zaman berubah.Aku dah gemok.Firdaus dah botak.Sukhaidzi dah sopak.Amir dah retak.Sazali dah bonchet.Ayub dah leceh..Salleh n Isham dah gayboy.Dlm perjalanan masa ni eh,pada aku.1 je tak berubah.KASOT!!Perangai masih sama dan jalan masih seret...tapi skrang baru aku perasan yg muka dia ade skit2 ikot muka Stallone.Serios ah,ni tak bedek siak!!......Dengan berubah nya zaman dan juga kwn2 aku ni semua,terjumpa lah kita apa yg skrang menjadi kegilaan manusia yg mengenal internet. BLOGGER.COM.Sape yg tak kenal..smua yg mengenal internet kenal akan lelaman ini.Dengan sekelip mata,kita smua dpt membaca apa yg selama ini hanya tertulis di dalam diary2 sahaja.Luahan perasaan...pandangan...manusia yg kita benci...org yg kita sayang...pasangan hidup yg kita nak...rahsia yg kita simpan...hari yg kita lalui...duit yg kita ada...kawan yg dah lama tak jumpa....saudara yg setahun sekali kita jumpa....perkembangan mereka...semua dapat kita ketahui hanya dengan memiliki blogspot address mereka saja. Bagi yg membaca,kita bole mendapat tahu sesuatu yg mungkin kita tak tahu 5 atau 10 tahun yg lalu....Rahsia yg dulunya hanya terpendam di dlm diary saja skrang seluruh dunia bole baca...Atau mungkin sebaliknya?? Kebanyakkan blog2 yg aku baca,lazimnya memaparkan kehidupan mereka yg serba sempurna.Dengan ada nya digi-cam,kita dpt jugak melihat gambar2 yg mereka upload utk tatapan umum.Bukan saja gambar2 keluarga atau teman2 tersayang,benda2 yg kita beli pon dapat juga kita paparkan.Kita dapat membaca kehidupan selebriti popular yg selama ini hanya dapat kita tonton di kaca tv sehaja... Tetapi,aku mula sedar...blog ni kan bukan semua nya baik,bukan semua nya bagus.Manusia menjadi hipokrit..Cercaan di limpahkan...Kebenaran di selimutkan...Pandangan di ketengahkan tanpa memikirkan perasaan...Maki-hamun bagaikan perkara biasa...hanya kerana semua org dapat membacanya,kita seperti ingin mereka melihat kehidupan kita yg 'perfect',walaupon kekadang hanya rekaan semata..tetapi tak semua begitu...ada yg menulis tentang perasaan marah yg terbuku seolah-olah blogspot ni 'punching bag' mereka...ada yg hanya menulis benda2 yg benar2 terjadi sehinggakan kebenaran itu tidak sepatutnya diketengahkan.Ada juga menceritakan masalah yg di hadapi ketika ini..seperti kehilangan org yg tercinta,penyakit yg di hadapi,benda yg senget,bulu yg lebat,angan2 nak kan Siti Nurhaliza,angan2 nak jadi hero crita'2 fast 2 furios',kemarok nak bertunang,diri yg pemaless,muka yg mirip jalanraya,abg yg mut,kaki yg mcm muka kun,wang yg kekurangan dan hutang yg bertimbun.Semua ini hanya menjadi satu tanda tanya bagi diri aku...Apa kah budaya blogging ini sesuatu revolusi yg harus kita dakapi dengan beralih nya zaman,atau sememangnya diary yg dulunya banyak mengetahui pelbagai 'rahsia gelap dalam'(deep dark secret) kita harus kita kuburkan demi sains dan teknologi??Dulu hanya aku dan diary...sekarang,aku dan 'world-wide-web'...... Asal tetiba je aku bebual mcm org tulis suratkhabar ni??Entah lah,aku pon tak tau...Tapi yg benar2 aku tahu ialah,kata-kata ibarat pedang...jadi lu orang semua bole pegi main pedang lah!!Kerana kekadang tu,lebih baik diam dari kita terus berkata-kata.... *Anneh Baiya*